Formula Satu Sauber

Sauber moden dan enjin Ferrari (2010–kini)

Sergio Pérez di Grand Prix Malaysia 2011.2011

Kobayashi dikekalkan untuk tahun 2011, dan beliau disertai oleh rakan sepasukan, Sergio Pérez, dan rakan senegaranya, Esteban Gutiérrez, sebagai pemandu simpanan. Sauber mempersembahkan kereta 2011 mereka - C30 - pada 31 Januari,[5] dan ujian pra-musim bermula pada hari berikutnya.

Pada awal musim ini di Australia, kedua-dua Pérez dan Kobayashi disingkirkan daripada perlumbaan kerana melanggar peraturan teknikal. Pérez terbabas di Grand Prix Monaco, dan menyebabkannya mengalami konkusi dan pehanya turut terseliuh.[6] Walaupun beliau dibenarkan berlumba di Grand Prix Kanada, Pérez menarik diri selepas sesi latihan bebas pertama kerana masih mengalami kesakitan, dan beliau digantikan oleh Pedro de la Rosa, untuk baki hujung minggu tersebut.[7]

Bagi baki musim ini, pasukan konsisten dengan mendapat mata, dan menamatkan musim di tangga ke-7 dalam Kejuaraan Pengeluar.

Pada 28 Julai, ia telah diumumkan bahawa Kobayashi, Pérez dan Gutiérrez akan dikekalkan oleh Sauber untuk musim 2012.[8]

Jentera Sauber C32 yang digunakan untuk musim 2013.2013

Pada 23 November 2012, ia telah diumumkan bahawa Nico Hülkenberg, Esteban Gutiérrez dan Robin Frijns akan melengkapkan barisan pasukan untuk musim 2013; Hülkenberg dan Gutiérrez menjadi pemandu pasukan, manakala Frijns menjadi pemandu simpanan.[9] Kereta pasukan untuk musim ini, C32, telah dilancarkan di Hinwil pada 2 Februari 2013.[10] Warna corak kereta diubah kepada warna kelabu, serupa dengan kereta Sauber yang digunakan pada awal tahun 1990-an.[11] Walaupun Sauber kelihatan kompetitif selepas Hülkenberg mendapat tempat kelapan pada perlumbaan kedua musim ini di Grand Prix Malaysia, C32 tersebut terbukti tidak begitu kompetitif seperti kereta pendahulunya, selepas Hülkenberg tidak mampu untuk memperoleh keputusan yang lebih baik daripada tempat ke-10 pada perlumbaan berikutnya dan pelumba rookie, Gutiérrez, masih gagal mendapat sebarang mata sehingga Grand Prix Belgium. Walaupun begitu, Hülkenberg melakukan kejutan selepas mendapat tempat ketiga pada pusingan kelayakan di Grand Prix Itali, dan berada di hadapan kedua-dua pelumba Ferrari.[12]

Pada 15 Julai 2013, Sergey Sirotkin menyertai Sauber sebagai pemandu pembangunan, sebahagian daripada kerjasama dengan pelabur Rusia dengan tujuan untuk menjadikan beliau sebagai pelumba Sauber bagi tahun 2014.[13]

Rujukan

WikiPedia: Sauber http://www.autosport.com/news/report.php/id/104800 http://www.autosport.com/news/report.php/id/108788 http://www.autosport.com/news/report.php/id/109710 http://www.autosport.com/news/report.php/id/88558 http://www.autosport.com/news/report.php/id/91821 http://www.formula1.com/news/headlines/2011/7/1236... http://www.formula1.com/news/headlines/2013/1/1417... http://www.formula1.com/news/headlines/2013/2/1423... http://www.paddockscout.com/sirotkin-joins-sauber-... http://www.sauberf1team.com